okay. tidak terfaham la aku dgn MUKABUKU ini lama-2 -,- apa yg berada di news feed semua nya mengenai cinta cinta cinta. tenat otak aku berfikir manakala mata pula sudah muak membaca -,- aku berkata sebegini bukan kerana cemburu, sumpah aku tidak merasa begitu. hanya mual/jijik melihat kaum sejenis aku bergaduh, bergaduh mengenai teman lelaki mereka. belum lagi dgn yg mempromosikan diri mereka yg bahawa mereka single mingle -,- adakah MUKABUKU ini tempat utk mencari jodoh ??? belum lagi dgn status meluahkan perasaan terhadap kekasih masing-2, ye. saya faham mood bercinta itu. rasa seperti dunia ini anda yg punya bukan? tapi usahlah nk show off -,- bukan semua org nk tahu kisah cinta awak tu :) hmm sudah2 la adikku, usahlah berperangai ke anak-2 kan, usahlah jadi batak jantan/betina, malu la kat mak bapak, mencarut sana mencarut sini, bergaduh sana bergaduh sini. penat bergaduh, macam budak2, last2 mesti break jugak :) kalo tak break pun, mesti kawen, kalo dah kahwin pun mesti cerai, kalo tak cerai, mesti sala sorg akan meninggalkan satu sama lain seperti mati. yg penting dan pasti akan perpisahan mesti akan terjadi. :) Belum lagi status yg marah makbapak, konon nk lari rumah la apa laa. ckp mak bapak tak faham dorg laa, apa laa itu laa ini laa. 

ALAH ! KORG TULIS PUN BUKAN MAK BAPAK KORG ADA KAT FB PUN KAN! SO KORG TULIS SEMUA TU PUN MACAM LA DORG BACA -.- KORG ACTUALLY JUST NK SHOW OFF KAT KAWAN-2 DAN BERBANGGA SEBAB BUAD JAHAT KAN :) NAK BERBANGGA LAWAN MAK BAPAK ! BANGGA ? KONON DAH BESAR ! YEAH AKU FAHAM PERASAAN ITU. DULU AKU PUN MCM TU :) TPI SEKARANG AKU DH BESAR, DAN AKU DAH HENTIKAN PERANGAI ADIK-2 TU :)

aku sudah terlalu faham. zaman dh maju, korg bole carik duit dgn menjual diri, jadi bohsia, jadi anak ikan, crik sugar daddy dan sebagainya. yes ! mmg malaysia sudah maju, tapi kenapa minda kalian semakin mundur?? biarlah minda kita sejajar dgn wawasan 2020 yg perdana menteri sibuk war war kan itu. Dan kaum-2 hawa sekalian, fikirlah, 
Seorang lelaki yg menjaga awak seperti sebuah perhiasan yg sgt berharga dan di letakkan di dalam sebuah cermin, harta yg hanya boleh di pandang tapi tidak boleh di sentuh. Itulah yg patut awak puja tau :) bukan laki yg rosakkan awak tu. bukan lelaki yg berjanji janji. dan janji hanya tinggal janji :). ala sng cte, lelaki yg jadikan kau penyedap dia :) ok faham? tak faham jugak. cik pun tak taw la nk ckp cam na ^^
So kawan2 saya sekalian, sebelum nk buad pape, fikir balik ! Mana ISLAM yg korang junjung? dimanakah syahadah yg korang ucapkan dan dimanakah Allah korg letakkan? Dimanaa? Berfikirlah mengenai azab yg pasti itu. mesti anda akan takut berbuat dosa. Rasa takut tak? Kalo takut, alhamdulilah. tu maknanya anda masih beriman, tapi klo rasa dh tak takut dh nk buad maksiat apa sume tu, mengucaplah :) jgn terlalu taksub dgn dunia yg sementara ni. dan jgn taksub dgn kebahagiaan sementara tu.  Allah tak suka hamba nya riak :) Selagi engkau beriman ketahuilah, mati itu benar, neraka itu benar, azab Allah itu benar :) Aku tulis macam ni, bukan sebab jealous ngn korg yg ada KASIH SAYANG -.-'' Sebab KASIH SAYANG yg korg ada tu sebenarnya DOSA jaa :) Kalo betul itu kasih sayang, ia akan bawa kau ke syurga, bukan ke neraka ^^ so sumpah sikit pun aku tak jealous :) berhubungan lah secara halal. kalo gatal sgt dah, ckp kat mak bapak nk kahwin. insyallah allah pun merestuinya :) wasalam !

P/S : aku suka sebab makbapak/ family/ saudara mara aku ada kat friend list facebook aku, sebab mereka sume bole pantau aku, kalo aku biadap je dgn org, aku mmgatal ke, aku mncarut ke,  dorg boleh lempang aku straight :D so mesti aku ta berani nk langsi langsi. hee thnks my family <3 kerana perhatian anda la saya jadi org yg berguna hari ini. :)




2 comments:

  1. actually kesalahan tu,
    terletak pada otak mereka,
    seriously org bijak,
    x de nyee nak dok buat mcm tu... :)

    ReplyDelete